Ditubuhkan pada 17 September 1997, CoShare Holdings Berhad (CoShare) merupakan sebuah syarikat swasta yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nombor pendaftaran 447108-X. CoShare telah mendapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebagai salah satu agensi pemotongan gaji yang sah untuk kakitangan awam.
Walaupun fungsi CoShare mirip dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), CoShare beroperasi secara bebas dan tidak terikat dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Sebagai entiti swasta, CoShare menawarkan perkhidmatan pemotongan gaji bulanan bagi tujuan bayaran ansuran pembiayaan yang telah diluluskan, dengan kadar potongan tidak melebihi 60% daripada gaji kasar penerima.
Semua urusan pemotongan gaji dijalankan secara telus dan dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak iaitu penerima pembiayaan dan penyedia dana pembiayaan bagi memastikan kelancaran dan kepercayaan dalam setiap transaksi.